I know this may sounds.. eh.. salah salah. Saya tahu, mungkin berbahasa melayu untuk entri saya kali ini agak .. pelik, sebab entri saya sebelum ini semuanya dalam bahasa Inggeris. tapi saya macam teringin untuk membuat entri dalam bahasa melayu. Mungkin saya seorang saja yang rasa begitu. tehehe Ala, sekali-sekala. :)
Saya nak berkongsi cerita ni. Bacaaa laaa :P
Kelmarin, (kalau tak silap sayalah) saya ke bazaar ramadhan di TTDI. Masa tengah jalan-jalan tu, saya ternampak sekumpulan manusia sedang memerhatikan sesuatu. Saya pun apalagi, saya pun join tengok. Sibuk nak tahu. Rupa-rupanya, mereka semua sedang memerhatikan seorang perempuan ini, yang sedang membeli juadah disitu, yang sedang membelakangkan mereka semua, kerana, perempuan itu mempunya tatu di bahagian betul-betul atas punggung die, dan di belakang leher. Perempuan itu sedang memakai baju hitam yang jarang dan di dalamnya, dia pakai tube. Boleh dikatakan, semua orang yang lalu akan memerhatikan perempuan itu untuk melihat wajahnya, adakah melayu atau cina, atau india, kerana, perempuan itu datang bersama seorang lelaki cina. Jadi, semua orang curious nak tahu, perempuan itu, melayu ke cina. Kalau cina, tak apalah.
Sekali tengok, MELAYU! Tsk Tsk Tsk Tsk. Apa nak jadi; apa nak jadi, orang melayu sudah lupa diri. ecceehhh berpantun-pantun dua kerat, nampak.
Semua orang sibuk melihat perempuan itu. Ada pula, seorang lelaki melayu ini, yang mempunyai subang di telinga pun, sibuk melihat perempuan itu. Agaknya, lelaki itu mesti terpikir, "lagi dahsyat perempuan itu daripada aku ini. Aku pakai subang pun, ramai orang sudah bising." haha
Tapi, betullah. Adakah ini melayu, namanya? Ahhh senang cakap, adakah ini islam, namanya? Kalau perempuan itu melayu, tetapi bukan Islam, lain ceritalah. Pening cek duk pikiaq orang zaman sekarang ni. Saya amat tidak mengerti. Kenapalah hang duk sibuk tatukan badan hang tu. Elok-elok hang boleh taubat bila-bila masa, dahhh kene siat kulit tu ha. Peninglah cek gini.
Bukan seorang saja saya nampak, tapi DUA orang! Masyallah! Satu yang si perempuan itulah. Lagi seorang ni, lelaki pulak. Ha, eloklah tuh. Ada jantan dengan betinanya. Si lelaki ini pulak, datang dengan kawan-kawan lelakinya. Lelaki ni, pakai baju sleeveless, saja nak tayang tatu dia tu. Apa yang nak dibanggakan pun, tak tahulah. Nak kata lawa, hakttuiihhh. Buruk betul.
Tak tahu nak komen apa lagi. Kalau komen lebih-lebih, kontroversi pula jadinya. Ecehh. Saya semakin .. enjoy membuat entri dalam bahasa melayu. Tapi saya letih, saya kena menggunakan sepenuh perkataan dan tak boleh guna bahasa singkat. Bagi saya, macam tak professional kalau tulis dalam bahasa singkat. Daripada Aku jadi Ak. Daripada Saya jadi Sy. Macam tak best. ;P
Baiklah. Selepas ini, saya akan membuat entri dalam bahasa melayu.
Sabar.Sabar. Bukan setiap entri, ya. Ikut mood saya lah. :P
Tetapi,kan.. kalau saya membuat entri dalam bahasa melayu, .. saya terasa saya ini becok & kepoh mulutnya. Macam mana?
No comments:
Post a Comment